Tuesday, November 15, 2011

Al-Fatihah buat Wira Negara Paralympic Archery Malaysia :15 Nov 2011

Sepertimana yg diketahui.. Mohd Salam Sidik merupakan anak Malaysia Pemenang No.1 Paralympic Archery di Guanghou,China 2011.. Menewaskan pemain2 seluruh DUNIA.. Malaysia mencipta lagi satu sejarah, pemain Archery telah berjaya mencipta nama di aliran sukan antarabangsa. Menceritakan pengalaman beliau di setiap game.. Start beliau kt carta bawah.. smpi la dia meningkat ke level No.1 WORLD Champion... mmg berdedikasi la beliau.. sangat humble dan paling lawak antara semua..... xda cerewet.. atlit2 memanah yg len pn sama.. Sgt2 ramah... Sy sndri xpernah jmpa org yg sgt baik dan humble cam atlit2 memanah paralimpik ni..

First time jmp, mmg dah mesra ngan group2 ni.. drg xsegan silu menceritakan ttg kejadian yg menimpa diri mereka, ttg bagaimana aktiviti seharian mereka... ILMU yg mereka curah kan sangat la berharga buat kami.. kami bangga berkawan dan berkenalan dengan atlit2 memanah ini... sungguh xsangka, pencapaian mereka dlama bidang sukan sama taraf dengan atlit yg normal..... Kejayaan kumpulan Abg salam dan rakan2 pn sangat2 membanggakan...

Dengan intensif latihan mereka, gerun pn ada gk.. sgt2 la ketat... Nk g mna2 pn kna minta kebenaran org atasan... tp Arwah abg salam and the geng ok je... Mmg best la drg ni... Ni ada skit ttg Arwah Salam..









Student UiTM Puncak Alam (Physiotherapy)



Mendapat khabar berita dari lecturer kami yg merupakan kawan rapat dgn beliau.. Agak terkejut dan terkedu gk dgn berita tu... Arwah menghentikan nafas terakhir pda kul 1ptg... Urinary Infection... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newssport.php?id=627026

Buat Keluarga Arwah ABg Salam.. Kami warga PHYTAS (persatuan pelajar physiotherapi UiTM Puncak ALam) mengucapkan tahziah dan doa kami selalu serining dgn kejayaan beliau dan rakan-rakan.. Saya sebagai salah seorang rakan sememang nya mengagumi kejayaan beliau dan rakan2... Semoga lepas ini, kejayaan itu akan terus kekal....

Majula Sukan Utk Negara...

Al- Fatihah Buat Arwah Abg Salam.... Semoga roh beliau di cucuri rahmat dan ditempatkan org2 yg beriman.. Amin....

Monday, November 14, 2011

Makanan yg aku nanti2 kan...

Ya... ak ni lg suka makanan yg kampung2 skit.. 2 3 hari ni ak asyik nk nguyah je... Rupa2 nya hari wanita semalaya.. ahahha. hormon tu suma... Bila mimi my housemate dah balik kg... dia ada tolong belikan burung puyuh... nyumm.. nyumm... kt kelate.. RM1.50 sekor... Murah kn.. bg ak murah.. cz cam berbaloi je tgk burung tu... xsmpi hati nk makan pn ada... ahahaha .. comel sgt sehhh


tgk ni burung puyuh .. kecik.. comel je..... tp sedap..... ahahahaa... (jahat seh)....

Telur Puyuh


ya, ini la makanan Feveret ak... SIMPPLE + SEDAP ......


Best of luck..... resepi Terbaru ni yerr...... 

credit to: Aza =))

Saturday, November 12, 2011

Geram nyaaa... Jiran xble bantu..

Aduss...b4 cuti break ni, kmi sekelas ada homework..suh cari SUBJECT TUK Geriatrik.. sorg kena cari 2 org tua 60 ke atas.. tp masalah nya.. kt tmpt kami ni mna ada org tua.... lgpun ak xda g mna2.. dduk umah pncak dan jalan2.. mlm bru balik umah....

So, ak try2 la bg jiran kt sebelah ni... Dh ok dah cz dia terima soklan tu.. tup tup.. xsampi sejam...

" Assalamualaikum, Aza.. oh.. Aza... ni Nenek nk bg kertas ni balik...."

belik pnya belik ,ak igt dah isi full... cepat pla nenenk ni isi kn.. tup tup.. KOSONG>>>>>> KOSONG.... aiyaaa... HAMPA ak.. HAMPA...... Alasan dia, dia xreti baca.. kt umah xda org ble wat... ngan ak yg malas ni pla.. xjugak ak tolong kn.. cz nenek tu nk gerak umah ank dia yg sorg lg lpas tu.... Xsempat la nk wat soklan tu....


Ok, bak kata pepatah... cuba.. Ak dah cuba... Cari? ak dah cari.... so, mmg xda gk org tua... nk tipu2 pn, ini research org... xvalid pla nti.... so, ak xdala wat apa2.... hurmmmmm.. sori... sori.....


Thursday, November 10, 2011

Sharing Info... Seksualiti Merdeka

Adapted from iluvislam.com


Adam yang duduk dikerusinya sambil merenung skrin komputer semenjak tadi dengan senyap tiba-tiba bersuara, "Kata ini negara demokrasi, ada kebebasan bersuara, tapi bantah pula program Seksualiti Merdeka!" katanya, merungut tidak puas hati.
Adam mengeluh panjang sambil melayangkan pandangannya ke siling. Dia kagum dengan negara barat yang membenarkan rakyatnya untuk bebas bersuara, menyuarakan kehendak mereka dan bebas untuk berbuat apa yang mereka suka.
Adam bukanlah seorang pengamal seks luar tabi'i, tetapi dia cuma kecewa dengan kebebasan bersuara di Malaysia yang dikatakan sebagai negara demokrasi, tapi hakikatnya kebebasan bersuara itu masih terbatas. Baginya negara Malaysia jauh ketinggalan dengan negara barat disebabkan bersifat tertutup dengan kebebasan bersuara bagi sesetengah pihak.
Adam adalah seorang yang beragama Islam, namun kerana kurangnya pengetahuan dalam bidang agama ketika pergi belajar di negara-negara barat dahulu, maka fikirannya telah diracuni dengan budaya-budaya kuning yang tersebar di sana, antaranya adalah aliran Hak Asasi Manusia.
Aliran Hak Asasi Manusia adalah deklarasi yang dibangun bagi membela Hak Asasi Manusia dalam kehidupan. Contohnya hak untuk mendapat pendidikan, hak bersuara, hak pekerjaan dan banyak lagi. Meskipun Hak Asasi Manusia kelihatan baik membela nasib manusia, namun begitu padanya ada yang bercanggah dengan Islam.
Sebagai umat Islam, kita sebenarnya tidak memerlukan Hak Asasi Manusia acuan barat untuk membela nasib kita, ini kerana agama Islam sendiri sudah serba lengkap dan telah membela nasib manusia yang tertindas.
"Betul!" kata Ben yang terbaring di katil lalu segera bangkit. "Malaysia ini memang menindas. Walaupun sudah lama merdeka, tapi hakikatnya bukan semua rakyat Malaysia itu merdeka." Daripada nada suara Ben itu jelas ada ketidak puas hatian yang terpendam.
"Apakah yang kamu maksudkan dengan merdeka?" tiba-tiba seorang lelaki yang berdiam di katilnya semenjak tadi bersuara. Adam menoleh kepada lelaki dengan mengecilkan renungan matanya. Ben pun sama. Lelaki itu menggeliat seketika sejurus duduk di birai katil. Namanya adalah Abdullah.
Adam kembali menghadap skrin komputer lalu berkata, "kemerdekaan untuk menyuarakan kehendak, kemerdekaan untuk melakukan apa yang kita suka!"
Abdullah bangun dari birai katil dengan bibir yang tersenyum sinis mendengar kata-kata Adam itu. "Ya, aku setuju. Tapi maksud kemerdekaan yang kau katakan itu perlu diperincikan."
"Macam mana tu?" tanya Ben.
"Kemerdekaan bukanlah semata-mata kita bebas daripada belenggu penjajah dan bebas untuk menyuarakan apa yang kita mahu dan lakukan. Kemerdekaan yang sebenarnya adalah kemerdekaan jiwa untuk taat kepada perintah agama. Orang yang berjuang untuk menyuarakan apa yang dikehendaki nafsunya, sebenarnya bukanlah orang yang merdeka. Tapi mereka adalah orang yang menuju perhambaan. Diperhambakan oleh nafsu." jelas Abdullah dengan tegas. Adam dan Ben terdiam apabila Abdullah menjuruskan perbincangan tersebut kepada sudut agama.
"Kau ini, sikit-sikit hendak kaitkan dengan agama." Kata Ben sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Terasa jengkel dengan sikap Abdullah yang sering membawa satu-satu persoalan kepada sudut agama.
"Ben, kita ini orang Islam. Apa-apa persoalan dalam dunia ini kita perlukan kembalikan kepada agama." Jelas Abdullah. "Perbuatan memisahkan urusan dunia dan agama adalah ajaran fahaman sekularisme."
Ben terkedu. Nampaknya dia sudah tersilap kata.
Sekularisme adalah sebuah fahaman yang cuba memisahkan antara persoalan dunia, politik dan kehidupan dengan agama. Fahaman ini menganggap, agama adalah punca kemunduran kehidupan manusia seharian. Oleh itu, fahaman ini cuba memisahkan kehidupan manusia dengan agama, terutama dalam hal politik. Mereka beranggapan, dengan berbuat sedemikian sajalah manusia akan menjadi maju kehadapan.
"Adakah semua kehendak manusia perlu dituruti?" Abdullah menyoal sambil terbongkok-bongkok mengemas katilnya. Adam dan Ben tidak menjawab persoalan itu, bimbang jawapan mereka akan memakan diri mereka kembali. Abdullah sememangnya adalah seorang yang pandai berhujah.
Keadaan masih senyap.
"Sebenarnya ideologi yang dibawa oleh fahaman Hak Asasi Manusia acuan barat adalah amat bermasalah dan bertentangan dengan Islam." ujar Abdullah sebaik saja selesai mengemas katil lalu menghilangkan diri di sebalik pintu. Ben yang sudah bersiap untuk pergi ke kuliah, tanpa membuang masa terus melangkah keluar daripada bilik. Tinggal Adam yang sedang duduk di depan komputer ribanya. Fikirannya terusik dengan kenyataan Abdullah tadi.
'Apa masalahnya dengan Hak Asasi Manusia?' Adam tertanya-tanya. 'Bukankah Islam itu agama yang adil dan memberikan kepada manusia hak dan pilihan untuk menentukan cara hidupnya?' begitulah kefahaman Adam tentang Islam. Ternyata padanya ada kecelaruan dan salah faham.
"Apa yang salahnya dengan Hak Asasi Manusia?" tanya Adam sebaik saja Abdullah melangkah masuk semula ke dalam bilik. "Bukankah Islam mengiktiraf kebebasan hak bersuara dalam Islam?"
Abdullah diam seketika. Badannya dihenyakkan di kerusi bersebelahan Adam. Komputer riba di atas meja dihidupkan, lalu berkata, "Memanglah Islam mengiktiraf kebebasan seseorang untuk bersuara. Tapi kebebasan itu ada batasnya. Begitu juga dengan Hak Asasi Manusia."
"Masalah Hak Asasi Manusia adalah apabila manusia lain dianggap tidak layak untuk masuk campur hal orang lain meskipun agama menyeru campur tangan. Sama ada seseorang itu buat salah atau pun sebaliknya." Abdullah berkata seraya menoleh kepada Adam.
"Di mana pula yang bercanggah dengan Islam?"
"Yang bercanggahnya adalah ianya bertentangan dengan konsep menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran yang diajarkan dalam Islam. Bila seseorang itu melakukan salah, maka wajib bagi orang yang melihat kemungkaran itu mencegahnya semampunya. Tidak kira kemungkaran itu dilakukan oleh saudara, adik-beradik atau pun pemimpin. Ini berbeza dengan fahaman Hak Asasi Manusia yang mencegah seseorang untuk masuk campur hal orang lain walaupun ada ketetapan agama."
"Sebagai contoh dalam isu pelaku seks luar tabi'i ini. Sekiranya kita melihat daripada sudut agama Islam, sudah tentu mereka ini akan dikenakan hukuman yang berat. Namun realitinya apa yang kita lihat, di sesetengah negara yang menerima besar fahaman Hak Asasi Manusia, mereka bukan saja melindungi pelaku-pelaku seks luar tabi'i ini daripada dihukum, malah mereka turut menyeru agar golongan tersebut diterima dalam masyarakat.
"Ini jelas menunjukkan, bahawa Hak Asasi Manusia acuan barat tidak menjadikan agama atau lebih tepat al-Qur'an dan as-Sunnah, sebagai pengukur untuk menilai perkara baik dan buruk." Ulas Abdullah lagi. Tangannya menekan papan kekunci dan melayari laman web Seksualiti Merdeka.
"Lihatlah, apa yang mereka promosikan dalam program tersebut?" Abdullah menudingkan jari telunjuknya kepada skrin komputer. Adam menumpukan matanya kepada skrin komputer Abdullah dengan senyap.
"Mereka mempromosikan kebebasan untuk seks luar tabi'i dan mahu untuk apa yang mereka lakukan diiktiraf oleh orang lain." kata Abdullah dengan senyuman sinis. "Rasanya kau sendiri pun tahu apa akibatnya."
Adam diam seketika, lalu berkata, "Ya, tapi bukankah mereka juga yang akan terima akibatnya sendiri. Kita tidak ada kena-mengena."
Abdullah tunduk sambil menggeleng-gelengkan kepala mendengar kata-kata yang terluah daripada mulut Adam. "Adam, kehidupan kita dalam masyarakat ini adalah ibarat sebuah kapal yang sarat dengan penumpang. Ada yang berada dibahagian atas kapal, dan ada pula yang berada di dalam kapal bahagian bawah."
"Orang yang melakukan maksiat dan kemungkaran, adalah seumpama orang yang berada di bahagian bawah kapal yang cuba untuk membuat lubang didasarnya. Sekiranya kita tidak mencegah mereka, maka bukan sahaja mereka yang berada di bawah sana, malah kita yang berada di atas, akan turut sama ditimpa malapetaka."
Abdullah memasang jeda lalu menyambung lagi, "Kemungkaran dan maksiat yang dilakukan oleh manusia itu adalah umpama penyakit berjangkit yang boleh merebak. Ianya berjangkit daripada satu manusia kepada manusia yang lainnya."
Adam hanya diam mendengar. Dia berusaha untuk memahami kata-kata Abdullah itu. Dia teringat satu kupasan dalam Psikologi Pendidikan, bahawa manusia itu belajar daripada peniruan tentang apa yang didengarnya, dilihatnya.
"Jadi apa pendapat kau tentang Seksualiti Merdeka?" tanya Adam seperti orang bodoh.
Seksualiti Merdeka adalah program tahunan cuba dilancarkan di Malaysia yang mana ianya dilaksanakan oleh golongan gay, lesbian, heteroseksual, biseksual dan yang seangkatan dengannya serta yang menyokong mereka. Dalam program ini golongan-golongan tadi akan melakukan pelbagai program seperti pelancaran buku, muzik dan lagu, forum dan banyak lagi. Antara tujuan program tersebut adalah untuk mempromosikan lagi budaya-budaya gay, lesbian dan sebagainya, dengan harapan kehadiran mereka itu dapat diterima oleh masyarakat daripada dipinggirkan.
Hakikatnya program ini sudah dilancarkan di Malaysia semenjak tahun 2008 lagi, namun baru akhir-akhir ini, pada tahun 2011 ianya menjadi isu yang besar.
Secara realitinya program ini adalah bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat, tidak kira sama ada agama Islam atau pun bukan. Untuk itu, program tersebut telah disekat oleh kerajaan daripada dilaksanakan.
"Aku sangat setuju dengan sekatan terhadap program tersebut. Sepatutnya mereka bukan memperjuangkan hak untuk diterima oleh masyarkat, tapi apa yang patut mereka lakukan adalah berusaha untuk mengubati diri mereka yang mungkinnya mempunyai kecelaruan daripada segi psikologi." Abdullah menyatakan pendapatnya yang sudah terang-terang menolak apa yang diperjuangkan oleh kelompok Seksualiti Merdeka.
"Tapi, ada sesetengah orang yang menyandang kesarjanaan di barat berkata, bahawa berdasarkan kajian, homoseksual itu adalah semula jadi, dan bukannya dibuat-buat." kata Adam sambil menutup komputer riba di atas meja. Sudah tiga jam dia duduk di sana semenjak tadi.
"Adakah kau yakin yang dikatakan oleh sarjana itu?" Abdullah mengangkat sebelah keningnya. Adam mengangkat bahu tanda tidak pasti.
"Apa yang dikatakan oleh sarjana barat tidaklah semestinya betul seratus peratus. Ada di antara apa yang mereka kemukakan itu hanyalah teori semata-mata. Adakalahnya teori itu popular sehingga dianggap fakta. Hakikatnya teori bukanlah fakta yang pasti, ianya cuma sebuah andaian dan ramalan. Lihatlah teori Charles Darwin yang menyatakan manusia itu berasal daripada beruk. Ternyata teori itu masih boleh dipertikaikan kebenarannya." ulas Abdullah secara panjang lebar.
Charles Darwin atau nama penuhnya Charles Robert Darwin adalah seorang tokoh yang mencipta sebuah teori yang dikenali teori evolusi yang dikenali kini dengan Darwinisme. Darwin menyatakan bahawa manusia sebenarnya adalah makhluk yang berevolusi daripada beruk. Pendapat Darwin ini telah dibantah dan dibongkarkan kepalsuannya. Antara yang membongkar kepalsuan teori Darwin tersebut adalah Harun Yahya seorang tokoh daripada Turki dalam bukunya yang telah diterjemah dengan tajuk Keruntuhan Teori Evolusi.
Keadaan bilik sunyi seketika daripada sebarang perbualan. Yang kedengaran hanyalah bunyi papan kekunci komputer ditekan laju bersama deruan angin yang bertiup kencang di luar bangunan tingkat tiga itu, lalu berhembus masuk melalui tingkap bilik yang terbuka sedikit. Sejuk.
Abdullah yang diam bersuara semula dengan tegas, "Perbuatan mengiktiraf Seksualiti Merdeka adalah berbahaya dan boleh membatalkan keislaman seseorang, kerana ianya termasuk menghalalkan perkara yang haram! Mustahil Allah s.w.t. mengharamkan satu perkara yang dia jadikan secara semula jadi melainkan pasti ada penyelesaian."
"Menurut para ahli psikologi, homoseksual adalah perlakuan seseorang yang mempunyai kecelaruan daripada segi psikologi, atau lebih tepat ianya adalah satu penyakit jiwa. Di dalam Islam, kita mempercayai, setiap penyakit pasti ada penawarnya. Daripada para pejuang Seksualiti Merdeka melancarkan program yang menelan belanja yang banyak itu, sepatutnya mereka menggunakan dana tersebut untuk melancarkan program besar-besaran bagi merawat atau menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Itu adalah lebih baik dan berfaedah. Perbuatan mereka melancarkan Seksualiti Merdeka, tidak lain adalah menunjukkan mereka adalah orang yang telah berputus asa untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah mereka."
Adam diam dan terus berdiam diri sambil terbaring di atas katil dengan tangan di dahi. Perkataan Abdullah pada petang itu benar-benar membuat dia berfikir tentang kefahamannya selama ini. Abdullah pula cuma tenang. Dia sedar, untuk mengubah pandangan pemuda yang bernama Adam itu tidaklah mudah dengan sekali kata saja, tapi dia perlu bijaksana dan berhikmah untuk mengubah pemikirannya.
Azab yang diturunkan Allah s.w.t kepada kaum Nabi Lut a.s yang mengamalkan homoseksual:
"Maka apabila datang masa pelaksanaan perintah Kami, Kami jadikan Negeri Lut itu tunggang balik iaitu tertimbus segala yang ada di muka buminya dan Kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu untuk membinasakan mereka dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim." (Surah Huud: 82-83)

Biodata Kolumnis

Suhili Nain merupakan seorang graduan Pusat Latihan Dakwah Kudat (2008) dan Pusat Latihan Dakwah Keningau (2009-2010). Kini beliau bertugas sebagai guru di Sekolah Agama Rakyat Al-Hidayah, Kuala Menggatal. Beliau menulis di cerpendakwah01.blogspot.com/.


Wednesday, November 9, 2011

Petai.. oh Petai....!!

Sjak akhir2 ni ak rasa cam slu nk makan petai.. walaupun ak tau petai ni busuk.. tp ntah.. cam sedap pla.. lebih2 klu mkn ngn sambal.. perghhh... nasi kosong + uLam... fuhhh..... sedap weiii..


Pokok Petai merupakan sejenis tumbuhan dalam famili Fabaceae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia,IndonesiaBrunei and Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia SelatanNama botaninya Parkia speciosa - Hassk.

Pokok petai atau dalam bahasa saintifiknya disebut Parkia speciosa ( juga disebut kacang pahit, Thai: sataw (สะตอ), kacang klaster berpusing,yongchaayongchaak atau kampaizawngtah atau kacang busuk). Tumbuhan ini hadir dalam genus Parkia dalam keluarga Fabaceae. Mempunyai salut berbentuk papan yang panjang, dengan isi kacangnya yang berwarna hijau terang serta saiz dan bentuk seperti kacang almond namun mempunyai bau yang busuk dan kurang menyenangkan. Namun rasanya agak pahit jika dimakan mentah, tapi sedap dimakan secara mentah, dibakar atau bersama sambal. Bau busuk yang agak kuat yang keluar dari petai adalah bau gas metana semulajadi yang tersimpan dalam isi kekacangnya.



Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsiumfosforuszat besivitamin AB1B2 dan C.
Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalamperubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
Menerusi informasi dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Tajuddin Abd. Manap. Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai). (Kosmo 28 Mei 2011)
Petai juga berkemampuan untuk membekalkan tenaga yang tinggi kerana, biji kekacang petai mengandungi gula semulajadi seperti fruktosa, glukosa, sukrosa dan kombinasi daripadanya. Petai juga mengandungi Trytophan, yang mampu mengawal tekanan seseorang, trytophan dapat bertukar kepada serotonin dimana dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil. Kandungan zat besi dalam petai mampu mengurangkan risiko mendapat anemia di kalangan pengamalnya. Vitamin B6 petai membantu mengawal paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami kebingungan tatkal mendapat sindrom premenstrual.
Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendam garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok. Petai juga mempunyai serat tumbuhan yang baik bagi pengahadaman dan dapat mengelakkan gejala sembelit dari mudah berlaku. Terdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ketahap seimbang. Petai juga baik bagi seseorang yang telah memberhenti dari menghisap rokok dan dalam proses rehabilitasi. Kandungan Vitamin B6 dan B12 serta kalium dan magnesium dapat membantu dalam mengatasi kesan langsung akibat pemberhentian pengambilan nikotin.
Kulit pepapan petai dibahagian licin dalam poket biji petai disimpan boleh diusap pada bahagian bengkak atau kemerahan-merahan di kulit disebabkan oleh gigitan nyamuk.
Namun begitu memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal.....

Tuesday, November 8, 2011

Unplanned VacatioN.... Yipiiiiii =))

7 Nov 2011, With Ainul, Netty, Norm... Bukit Tinggi, Phg...

Mmg xda plan pn, my frens netty>> dia cuti 2 hari.. so, lepak kt umah ak la.. overnite kmi suma.. dia dtg puncak tu, trus kmi kuar g s.alm.. amik Badang ( adik ak) ngan norm and ainul.. g mkn jap... pastu tnpa di duga.. direct g KL pla.. cam besala.. ak supir yg berjaya... nk g Danau Kota.. tp TUTUP.... HAMPA>>> sehhh... eee rupanya2 cuti sempena raya haji dan publc holiday.. aiyaaa.. RUgi je g KL.. nk balik tu, cuci mata jap kt area bintang walk.. pastu cam besa bila dah tersasar simpang tu.. mmg jauh la perjalanan dia.... Utk memenuhi plan kmi ni... decide nak g Uptown S.alam jew... Tuppp.. tuppp... dah kul 1 gk smpi s.alam... Dah ttup pla.. and then hujan lebat.. yg lebat sgt2.... lg kesedihan + kehampaan lg... aiyaaa.. apa2.. lepak McD s.alam la.... mkn aiskrim.. dgn kdai kt s.alm suma ttup.. kdai mamak.. 2 je bukak ngan Pak Li.. aiyaaaa..

heran gk , napa lenggang je jln.. rupanya mlm raya kowt..!! ceittt.... ehehehe... lupa seketika.. almaklumla, xdduk umah kn... smpi umah puncak dlm kul 3pagi gk..

Trus suma pn cam kna tembak.... Landing kt tilam.. Sok pagi nk g bukit tinggi.. hehehehe,, Plan kul 9 dah gerak.. tup2 datin2 ni suma lewat bgun.. mmg gerak kul 940 pagi jgk la... and im driving... yeeaa.. cam besa.. Pilot yg berjaya.... xjugak sesat la.. senang je jln tu.. tp jem gler kt tol genting tu..

dia jem sbb public oliday kn, rmi yg g genting, bukit tinggi and so on...... jem sgt2...

smpi leb kurang kul 1130 gk .. ten tyme tu Snap.. snap2 la..



new fren... ainul.. UiTM gk.. Degree in Art & Design.. ktrg g bukit tinggi ni pn sbb nk tolong dia wat asignment... dia nk captre pic2
























Yes, Bukit Tinggi is a wonderfull and nice place... one day nk bw family ak g cna.. bercuti lorrr.... Dlm Colmar Tropicale ini ada Japanese Tea Garden, ble pki Kimono.. sewa RM20/ person.. ble pki g mna2.. tgkap2 pic.. pastu ada Rabbit Garden, Masuk RM3/ person... Pastu nk masuk entrace Bukit Tinggi tu.. RM 12/ person.. tmpat parking pn banyak.....

Saturday, November 5, 2011

Kawan.... oh!! Kawan???

Ceiitt.. mmg as student xlari dari "meniru" but depends la camna jnis meniru tu.. takat bincang2 and tgk2 sblh besa la tu... Test je pn.. bkn EXAM..... pndai....

ni la "Kawan" klu dah mula rasa jeles... huh...! siap tulis kt Blog lg tu... oiitttt... tu lg neraka la wei, meng aib kan kawan2.... phm... people will talk... when people talk.. ko yg bukak pintu tu tuk bg orang cakap2 and marah.
2.. bila org dah bercakap, akan ada rasa dengki and umpat mengumpat.. Tu suma kmu yg START.... ya, syurga bg kamu kn... huaaa...

menjadikan dunia cyber( Blog) sbg tmpt kmu bercakap.. marvelous.... Ok, kmu yg tentukan org masuk syurga kn... syabas.. semoga Allah memberkati kmu dan tulisan kmu.. Amin....

To that 'KAWAN'. stop argue pple things.... klu diam2 saja pn xpa.. sabar sja karena kawan2 clas... no need to  obey if its OK.... lg pun xperlu la smpi nk buruk2 kn kawan2, smpi nk tentukan masuk neraka pla.. be matured.. xda kenangan klu asyik skema je bila zaman U ni.. wake up.. wake up... yg pnting niat kita, kami tau, kmi nakal.. tp kmi baik.. xkacau org pn.. mmg salah xjujur pada diri sndri.. Niat suma yg terbaik.....

Saya ada seorang kawan... Dia pernah cakap.. "Org tu xsempurna lg bila ada rg len yg cakap belakang pasal dia.....: mgkin sy bkn org yg layak tuk bercakap pasal agama.. tp sy tau nk nk jaga hati kawan2.....

makasih........