Wednesday, April 20, 2011

Arsenal 'sesak', Chelsea selesa

BERITA HARIAN

2011/04/20

pix_gal0
LONDON: Secara lojik Arsene Wenger pasti sudah membuat satu kesimpulan betapa peluang tipis Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) akan berakhir andai mereka tewas kepada Tottenham Hotspur, hari ini.

Lebih perit, kedudukan mereka di tangga kedua juga bakal terlucut jika Chelsea yang menentang Birmingham di Stamford Bridge pada hari yang sama menang untuk memintas kelab seteru dari London.


Apapun, penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny tidak mahu mengalah dalam situasi getir ini - apa lagi mengerti dia dan rakan sepasukan masih terasa ‘gegaran’ selepas Liverpool menafikan mereka kemenangan berharga di Emirates pada saat-saat terakhir, minggu lalu.
“Sudah pasti kami masih percaya mampu memenangi gelaran, Kami akan menentang Manchester United dan mereka juga akan menentang Chelsea. Mereka juga boleh mencicirkan mata,” katanya.

Sementara itu, perancang Chelsea, Frank Lampard juga degil apabila menyuarakan peluang mereka belum berakhir mendakap trofi EPL.

“Misi ini memang sukar,” kata pemain skuad England itu. “ Tapi ini bukan bererti kami tidak mampu mengejarnya. Kami perlu menang perlawanan kami dan mereka tewas beberapa perlawanan. Perkara mustahil seperti ini boleh berlaku dalam bola sepak.” - Agensi

No comments:

Post a Comment